Monday, June 7, 2010

finding myself

entah mengapa hati ini rasa ingin berbahasa Melayu
ya.mungkin saya berasa bangga dengan jawatan AJK BAHASA MELAYU di kelas 5..tutt.
huahaha.

hari ini sudah 3 hari saya meninggalkan pusat ilmu yang sering saya gelarkan 'markas tentera'.mengapa?mungkin kerana ada di antara peraturannya yang dirasakan cukup tidak wajar bagi kami belia muda remaja,walaupun diri ini memakai kain berwarna hijau yang sering dirasakan oleh penuntut2 yang lain sebagai pendukung peraturan sekolah.tapi saya juga manusia biasa.

entah mengapa hati ini berbisik sejak dari tadi,
'hei ..... bilalah engkau mahu berubah'

mengapa hati saya berkata begitu?
ya. mungkin kerana diri ini masih lagi tidak sedar bahawa dia sudah berusia 17 tahun.
wahai diriku,sedarlah..matangkan pemikiranmu.
jangan terlena dengan mimpi2 indah waktu dulu.
bangkitlah..
"SPM weii...SPM, dah 3 hari cuti, satu pun kerja sekolah kau tak siap lagi"
'Facebook jahanam tu juga la yang kau layan'
'dia tak membantu pun SPM kau'
"kau nak hampakan diri kau sendiri ke"


bukalah lembaran baru,masih belum terlambat lagi.
perangilah syaitan yang menggodamu itu.

jangan hampakan ayah ibu.
percaya ini... "USAHA TANGGA KEJAYAAAN"

semoga berjaya diriku.

No comments:

Post a Comment